Karnival Usahawan & ICT ini adalah anjuran Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam (PID) bersama Pusat Komuniti ITU-UUM dengan kerjasama Pejabat ADUN Bukit Kayu Hitam dan Felda Bukit Tangga. Program ini adalah satu inisiatif ICT Kebangsaan dari MSC Malaysia menerusi MDEC dalam usaha merangsang minda komuniti ke arah keusahawanan dan ICT. Ia merupakan satu program yang mensasarkan golongan luar bandar untuk celik dalam bidang keusahawanan dan ICT. Jesteru bagi menuju ke arah itu, program ini di harap menjadi satu titik anjakan kepada golongan sasaran ini untuk mengunakan peluang ini sebaik mungkin dalam mencapai matlamat dan misi penganjuran. Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan jualan produk akan diadakan disamping acara lain yang bakal menyeronokkan peserta seperti sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak, bengkel ICT, bengkel keusahawanan, forum perdana, pertandingan futsal dan lain-lain
Program ini akan diadakan selama dua hari iaitu pada hari minggu negeri Kedah iaitu Jumaat & Sabtu di mana cuti hujung minggu ini akan di gunakan sebaik mungkin oleh pihak penganjur dalam merealisasikan impian untuk membuka minda penduduk luar bandar dan bidang keusahawanan & ICT.
Program ini dianjurkan sebagai sokongan terhadap kerajaan yang sentiasa melihat penduduk luar bandar ini sebagai satu komuniti yang perlu di beri perhatian sejajar dengan saranan Perdana Menteri yang mewujudkan konsep 1 Malaysia. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada para peserta malah penduduk setempat dalam pendedahan ilmu keusahawanan dan ICT ini.
Program yang di anjurkan ini merupakan satu program pemangkin kepada sektor ekonomi setempat selain sebagai satu laluan dalam pembaharuan cara hidup dengan kecanggihan ICT serta penglibatan secara langsung atau tidak dalam bidang keusahawanan dan mewujudkan satu kuasa pembeli terhadap produk keluaran usahawan tempatan. Ia dapat membantu usahawan dalam mempromosikan produk keluaran mereka semasa jualan dan pameran seterusnya memperkenalkan produk masing-masing. Disamping itu pelbagai bengkel keusahawanan dan ICT akan turut diadakan dan ini akan dapat memberi faedah yang besar kepada usahawan dalam mendalami ilmu keusahawanan dan ICT. Bagi pengunjung pula mereka akan memperolehi ilmu dan manfaat dari pameran beberapa agensi kerajaan yang akan turut serta.
LOKASI PROGRAM
Lokasi : Felda Bukit Tangga Bukit Kayu Hitam
Tarikh:11-12 Disember 2009
Penyertaan untuk pameran dan jualan dibuka sehingga 19 November 2009 selagi masih ada kekosongan.