Portal Komuniti e-Pembelajaran Iklaneka

          

 Selamat Datang Ke Laman Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam Kedah...................Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan dan Bulan Puasa.     

Laman Utama
Karnival Keusahawanan Sosial PID
Karnival Usahawan & ICT
Info PID
Info Desa
Sejarah
Institusi
Perlancongan
Keselamatan
Aktiviti Komuniti
Pendidikan
Kesihatan
Galeri Desa
Usahawan
Kemudahan
Warga Emas
Wanita
Belia
KUSPID Bkt Kayu Hitam
eP@DESA
Forum
Iklaneka
Pekeliling
Aplikasi Online
Jawatan Kosong
Maklumbalas
Peta Laman
Daftar untuk mendapatkan maklumat terbaru daripada laman web
Apakah pendapat anda tentang laman ini?
Sempoi
Boleh la
Boleh tahan
Bagus sekali
Keputusan Undian

Asal Nama Bukit Kayu Hitam
Pengurus

Info Desa > Sejarah > Kampung > Keagamaan > Pekerjaan
Asal Nama Bukit Kayu Hitam

Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan oleh tentera Siam semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang digunakan sebagai senduk tadi. Mereka menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui tempat kayu itu diambil mereka dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah Pokok Komoi. Maka dari situlah wujudnya Bukit Kayu Hitam dimana dalam bahasa Siam disebut Kuan Mhai Dam.

Setelah Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan di sekitar Bukit Kayu Hitam dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke Siam untuk menjual hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini.

Namun begitu Bukit Kayu Hitam terpaksa ditutup sepenuhnya pada tahun 1948 berikutan keadaan Darurat 1948 dimana meningkatnya kegiatan Komunis pada masa ini. Semua penduduk, polis dan kastam diarahkan berpindah ke Changloon dan tidak dibenarkan tinggal di Bukit Kayu Hitam. Ini menyebabkan Bukit Kayu Hitam kembali menjadi hutan dan dipenuhi semak.

Pada tahun 1972, Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan membuka sebuah ladang getah di Bukit Kayu Hitam iaitu Ladang Rakyat Laka Temin. Pada masa ini juga nama Bukit Kayu Hitam telah hilang dan diganti dengan panggilan Laka Temin. Setelah pembukaan ladang ini, penduduk Laka Temin semakin bertambah. Pada tahun 1981, nama Laka Temin ditukar kembali kepada Bukit Kayu Hitam dan dengan persetujuan pihak Perancang Bandar, Bukit Kayu Hitam dikenali sebagai Bandar Bukit Kayu Hitam hingga kini.

(Sumber Maklumat: En Mat Jaafar b Mat Saman, Bekas Pengerusi JKKK Laka Jaya)

Majoriti penduduk yang mendiami Bukit Kayu Hitam adalah orang-orang Melayu. Anggaran jumlah penduduk di Bukit kayu Hitam dalam lingkungan 4710 orang.




Aktiviti Penduduk

  • Majlis Kenduri Kawin

  • Majlis Kesyukuran

  • Gotong Royang

  • Lawatan

Perkampungan & Penempatan

Pada asalnya Bukit Kayu Hitam mempunyai beberapa kampung sahaja iaitu Kampung Padong, Kampung Kokpoo dan Bukit Batu Bertangga (sekarang Felda Bukit Tangga). Pada tahun 1977, Kampung Laka Jaya diwujudkan bagi menempatkan Kuarters Pekerja Ladang. Pengerusi JKKK yang pertama adalah En. Mat Jafar bin Mat Saman yang bermula dari 1978 sehingga 1990. Kemudian diganti oleh En. Mohamed bin Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ak bermula dari 1990 sehingga sekarang. Pada 1997 Kampung Padong dikenali sebagai Kampung Baru Padong dan Kampung Kokpoo dikenali sebagai Kampung Padang Satu.

Senarai Kampung dan Penempatan di Bukit Kayu Hitam

Di kawasan Bukit Kayu Hitam dianggarkan melebihi 4 ribu orang penduduk. Dibawah ini disertakan beberapa Kampung dan juga Taman di Bukit Kayu Hitam, kebanyakkan mereka yang bermastautin di kawasan Bukit Kayu Hitam adalah warga kerajaan yang bertugas seperti Polis, Tentera dan Kastam & Imigresen dan lain-lain.

Kampung

  • Kampung Padang Satu

  • Kampung Baru Padong

  • Kampung Baru Batu 26

  • Kampung Belimbing Buloh

  • Ladang Laka Temin/Kampung Laka Jaya

Taman Perumahan

  • Taman Seri Temin

  • Taman Seri Temin Fasa II

  • Perumahan Awam Laka Temin

Kuarters Kakitangan

  • Kuarters Kem 305

  • Kuarters Bomba

  • Kuarters Jabatan Pertanian

  • Kuarters Kesihatan

  • Kuarters Polis

  • Kuarters Pendidikan

  • Kuarters Keselamatan

  • Perumahan Kastam

  • Perumahan Imigresen

Felda

  • Felda Bukit Tangga

Pekerjaan Penduduk

Antara pekerjaan penduduk di Bukit Kayu Hitam adalah seperti berikut:

  • Pertanian

  • Perniagaan, Perdagangan borong, runcit, restoran dan hotel

  • Perkhidmatan dan Pengangkutan

  • Kerajaan

  • Perindustrian

Composed: 06/14/2008
|
Modified: 02/26/2009
Printable Version
|
Email to a Friend
No Events

Sebuah Program Daripada

Galeri Gambar

­­­­

 Ruang Borak­

Waktu Solat

Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Kulim, Bandar Bharu, Kuala Muda, Yan
[Change Area]
  GMT   8
  Qiblat Direction   291° 7' 23?
Prayer Time
  Imsak      5:42
  Subuh      5:52
  Syuruk      7:10
  Zohor      13:26
  Asar      16:45
  Maghrib      19:36
  Isyak      20:49

©Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam. Hak milik Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.